Granada, di sini terletak Alhambra, senibina Islam yang paling mengagumkan didunia Barat. Al-Hambra diklasifikasikan sebagai warisan sejarah dunia sejak tahun 1984 oleh UNESCO World Heritage Site.Alhambra merupakan kompleks istana dan benteng yang dibangun pada pertengahan abad ke-13 oleh Bani Umayyah II(selepas zaman kerajaan Bani Umayyah I) di Granada, Andalusia, Sepanyol. Mereka asalnya ditanah Arab sebelum melarikan diri ke utara Africa(Tunisia) sebelum menguasai selatan Sepanyol. Alhambra pada asalnya merupakan Kota Kubu pada proses pembinaannya. Tetapi selepas itu dijadikan Kota Di Atas Bukit untuk Kerajaan Islam. Alhambra tidak hanya sebagai Kubu Kerajaan Islam, akan tetapi menjadi bukti sejarah peradaban dan ketinggian seni dan teknologi para cendekiawan islam. Dengan Hiasan landskap yang sangat menakjubkan. Sistem pengairan yang diambil dari 6km di lembah Granada. Menyusuri melalui bawah bukit2 untuk merealisasikan idea kegemilangan peradaban Islam sebagai Kubu Kerajaan dan juga bandar untuk rakyatnya.
Alhambra di malam hari
Alhambra berasal dari bahasa Arab yang secara harfiah bererti “yang merah”/“benteng merah”, yang mencerminkan warna tanah liat merah dari bahan bangunan benteng ini dibuat. Meskipun sebenarnya bangunan dari Alhambra awalnya bercat putih(seperti stucco), namun hari ini ia adalah kemerahan.
Sejarah
Alhambra berjaya disiapkan sepanjang kekuasaan Islam di Sepanyol iaitu dari bermula daripada pemerintahan Yusuf I (1333-1353) sehingga ke pemerintahan Muhammad V (1353-1391). Alhambra merupakan refleksi dari budaya Bani Umayyah II di Granada, tempat di mana seniman dan intelektual muslim berlindung. Alhambra mencampurkan unsur-unsur bahan semulajadi di tapak kubu/istana itu dibina dan keseluruhannya buatan manusia, merupakan bukti ketinggian peradaban Muslim pada waktu itu.Awalnya bangunan ini dirancang sebagai kubu perlindungan dari tentera Kristian, namun kemudiannya Alhambra dijadikan kediaman dan istana kerajaan islam di Granada pada pertengahan abad ketiga belas.
Sepanjang abad ketiga belas, keempat belas dan kelima belas, benteng ini diperluas dan berlaku penambahan menara pertahanan/watch tower, yang secara keseluruhan dibagi menjadi dua bahagian iaitu area ketenteraan atau disebut Alcazaba, dan madinah(bandar), dimana Nasrid Palace terletak, tempat raja-raja dan golongan bangsawan menetap.Penguasa muslim Granada dan Alhambra (ketika itu dipimpin oleh Abu ‘abd-Allah Muhammad XII) menyerah kepada tentera Kristian pada tahun 1492, sehingga benteng ini selamat dari serangan Raja Ferdinand II dari Aragon dan Ratu Isabella I dari Castile yang sudah siap dengan pasukannya yang besar. Oleh sebab itu, kita masih boleh melihat keindahan dan kemegahan Alhambra, yang terselamat dari peperangan.
Kompleks Alhambra
Memasuki kawasan Alhambra seakan-akan berada didalam keindahan taman yang sangat mempesonakan, sehingga setengah mereka berkata sekilas pandangan syurga dan membawa kita merasakan kejayaan islam pada masa lampau, serta kagum dengan keindahan senibina yang sangat tinggi. Kompleks monumen Alhambra ini meliputi beberapa bahagian, iaitu Charles V Palace, Medina, Alcazaba, Rauda, Nasrid Palace dan Generalife, yang meliputi wilayah sekitar 142.000 meter persegi. Sebelum memasuki Nasrid Palace, terlihat bangunan Charles V Palace mulai dibangun pada tahun 1533 setelah kota Granada diambil oleh Kristian pada tahun 1492. Ini merupakan salah satu projek besar-besaran kerajaan Kristian untuk kota Granada.
Nasrid Palace merupakan kompleks istana untuk kediaman Sultan Granada, dan merupakan daya tarikan terbesar dari keselurahan kompleks Alhambra. Pembangunannya bermula oleh Raja Pertama dinasti Alhamar pada abad ketiga belas, meskipun bangunan-bangunan yang bertahan sampai sekarang umumnya berasal dari abad keempat belas.
Struktur yang terakhir dibina adalah Generalife, merupakan tempat bermain dan bersantainya para bangsawan dan raja-raja. Dihiasi dengan kolam air dan suasana landskap yang menakjubkan mempersonakan sesiapa sahaja yang melewati kawasan ini.
Seni Tulisan Islam
Bagi saya, Alhambra merupakan peninggalan seni islam yang luar biasa. Ukiran kaligrafi islam pada batu marmar, ditampal pada hampir semua dinding utama istana. Bentuk column, muqarnas dan stalaktit pada dekorasi langit-langit, muncul dalam beberapa ruang, dan interior dari semua istana dihiasi dengan tulisan arab dan kaligrafi, yang mempunyai arti tersendiri. Misalnya tulisan “wa la ghalibu illallah” ditulis berulang-ulang di beberapa dinding dan sangat bermotif, yang ertinya tidak ada pemenang/kejayaan selain Allah, oleh Zawi ben ZirÃ, Pemacu utama Banu Nasri. Maksudnya disini adalah selalu mengingatkan bahawa tiada daya dan kemenangan melainkan dengan izin dan kekuasaan Allah SWT. Kaligrafi arab ini berasal dari, antara lain raja-raja Yusuf, Mohammed V, dan Ismail I.
Dinding-dinding Alhambra yang penuh dengan hiasan kaligrafi merupakan tulisan-tulisan kufi dan thuluth. Terdapat pula puisi oleh tiga penyair dari Pengadilan Granada, yakni Ibnu al-Yayyab (1274-1349), Ibn al-Jatib (1313-1375) dan Ibn Zamrak (1333-1393), sekretari dari kedutaan kerajaan dan perdana menteri. Di antara mereka, Ibnu Zamrak dianggap sebagai yang paling cemerlang dikalangan para penyair dari Alhambra.
Ukiran Kaligrafi pada dinding dan muqarnas pada struktur arch(gerbang)
Hiasan Dalaman istana ini menggambarkan sisa-sisa kekuasaan Moorish di Sepanyol.Ukiran dan gaya baru seni islam ini banyak mempengaruhi berbagai bangunan di Sepanyol dan beberapa negara lain.
Penutup
Alhambra merupakan bukti akan kejayaan Islam pada masa lampau di semenanjung Iberia. Di kawasan Andalusia ini pula lahir banyak ilmuwan muslim, sebut saja Al Zahrawi (Abulcasis, pakar bedah moden), Ibn Rushd (Averroes, falsafah), Al Idris (pembuat globe peta dunia), Al Zarqali (Arzachel, astronomi, mencipta kalendar almanac), dan Ibn Firnas (idea dan model pertama kapal terbang dan payung terjun/parachute, dengan mencuba pertama kali terbang dengan bulu-bulu yang menyerupai sayap). Alhambra juga sekaligus menjadi simbol dan benteng terakhir kerajaan Islam di Sepanyol. Banyak yang khabar menyatakan kekalahan ini akibat dari raja raja terakhir Alhambra leka dengan takhta, wanita dan kemewahan, serta lalai akan rakyat dan agamanya.
Wallahu'alam
Wallahu'alam







0 comments:
Post a Comment